Saturday, January 17, 2009

begini rupanya nikmat sebuah kemaafan


Baru kini aku rasakan hidup aku seceria sinar sang suria menakluki alam yang pernah kelam dek sebuah kemaafan yang tak pernah aku hulurkan buat seorang insan bernama sahabat kerana sebuah kepentingan yang masing-masing pautkan dengan teguh. Salah aku,membenarkan jiwa aku menahan jerit payah berusaha memegang sebuah ego yang langsung tidak aku patahkan..kerana takdir itu memang sudah tertulis buat aku seorang hamba..lalu aku berserah pada takdir yang esa..aku menyerahkan segalanya agar aku dapat mencari hikmah atas semua yang terjadi..walhamdulillah, hari ini aku menjumpainya..sebutir mutiara kemaafan yang sudah lama aku sembunyikan di dasar hatiku yang amat dalam..tersorot disitu dek kerana sebuah kesombongan. Apalah salahnya jika aku yang memulakan semula kenangan dulu menjadikan segalanya nyata dan bukan angan-anganku sahaja..jauh disudut hatiku ingin semuanya kembali seperti biasa..mungkin kita harus tundukkan sebuah keegoan demi ukhuwah yang sudah lama kita selami..andai dia tidak mendengar luahan hatiku yang sekian lamanya aku sembunyikan agar aku tidak kalah dengan apa yang dipegangnya,aku hanya berserah.
Dia juga mungkin merasakan yang sama tetapi mungkin ada yang juga disaratinya kerana aku yang keras memegang sebuah keegoan. Apalah salahnya jika aku yang memulakan ikatan ini?? Ya Allah,peliharakanlah ikatan persahabatan kami..semoga ukhuwah yang dibina ke akhirnya...oh sahabatku yang tersayang..ampunkanlah kesalahanku,ketelanjuran lidah pertuturanku,maafkanlah perilakuku yang sudah banyak mementingkan diriku semata-mata..semoga isi hatiku tidak dipandang jelik oleh semua kerana aku juga pernah menjadi mangsa sebuah keegoan.

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

2 comments:

  1. salam maal hijrah...membiasakan yg biase adelah biase, mengubah yg biase adelah luar biase.

    ReplyDelete
  2. =)..ye..semoga segalanya akan berubah..

    ReplyDelete